Sunday 10 July 2011

Alahai...diriku ini.. Tak berdaya lagi.

"Ya Allah.. ampunilah dosaku.. semasa aku hidup didunia ini.. sesungguhnya aku telah banyak berbuat kesalahan dan dosa...dosa yang boleh mengurangkan atau menjejaskan keimanan ku.. ya allah.. ampunilah aku.. ya rabbal alamin"
marilah ramai ramai berdoa kepada allah s.w.t yang maha esa lagi maha berkuasa.. sesungguhnya.. allah akan mengabulkan doa orang yang dizalimi..dan doa orang yang berada dalam keadaan susah. Selain berdoa, kita perlu meyakini akan diri kita.. jangan selalu menyalahkan diri kita selalu.. akhir nanti diri kita akan menjadi lemah untuk berjuang... dan jangan mudah terperdaya dengan hasutan..syaitan iblis.. dan nafsu.. astarfirullah.. beristighfarlah banyak-banyak.. subahanallah.. minalaidil walfaiizil..  subahanallah..

Wednesday 6 July 2011

Muslim Yang sejati

Adakah anda muslim sejati?

nak tahu tanyalah diri sendiri... muslim yang sejati ialah.. seseorang yang pandai menjaga keluarga mereka..dan mengajar keluarga mereka ke arah kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan diakhirat.. Ukhua'h boleh dieratkan seperti situasi 1.. bacaan yasin boleh dibaca pada setiap malam jumaat.. disamping boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan..bacalah.. fikirlah.. ini semua untuk kebahagian keluarga.. jikalau anda salah seorang ketua keluarga.. anda mesti tahu apa kebaikan dan keburukan.. jadilah bapa/ ketua keluarga yang berguna untuk keluarga.. :) 

Friday 1 July 2011

Goreng Telur..Bukan jadi hangit

Disediakan oleh: Abdul Malek
resepi: sendiri
diedit: sendiri

ramuan / cara nak buat:

1. 1 biji telur
2. satu sudu kecil kicap manis
3. secubit ikan yang telah dikukus
4. 1/3 bawang merah
cara-caranya:
1. Pecahkan 1 biji telur dan masukkan ke dalam satu mangkuk.
2. masukkan satu sudu kecil kicap manis
3. masukkan secubit ikan yang telah siap dikukus
4. hiriskan 1/3 bawang merah dan campurkan dengan kesemua bahan tadi
5. kacau semua bahan berikut sehingga sebati.
6. goreng..la..apalagi...
7.. kalau dah siap macam atas tu  lah jadinya.. tapi hitam sikit..

Bulan baru Datang!!

Wahai bulan..lama tak jumpa??? kemana kau pergi..ye,,,.?? cakap pasal bulan nie..kita ni sebenarnya. duduk di bulan berapa dah??? takkanlah tak tau..kot.. ingat tu.. bagi semua ummat islam..perlu tahu.. 1 bulan saja lagi nak puasanya... puasa..itu penting.. puasa boleh melawan nafsu kita..yang sombong bakhil..dan ria'... kalau tak percaya cubalah berpuasa... puasa juga..boleh menyihatkan tubuh badan kita.. disamping kita berjogging..pada pagi hari.. baik berpuasa..lagi bagus untuk badan... jangan lepas kan peluang.. saya tak pernah kedengaran lagi orang yang berpuasa ni.. mati akibat kelaparan.. jadi puasalah..

Sunday 19 June 2011

Kepalaku Semakin Pusing Looo..!!

Setiap hari macam nielah.. hee.. kalau di sekolah lagi teruk.. ada tu jadi sampai sewel.. tak percaya tanya kawan baik saya Fakhrul Afif.. kalau dalam kelas.. kalau sehari tak mengilau.. tak senam.. huhh.

luahkan perasaan anda kepada keluarga anda... ceritakan semua masaalah anda
kepada mereka.. manalah tahu.. satu hari nanti takut22..mereka boleh tolong kew???
yoouuuu.. selamat mencuba.. see the best in the world..

Gambar Saya..huhhh





Macam nielah perangai saya apabila berada di sekolah.. yang bawah tu.. gambar bas sekolah.. cantik tak... kalau cantik belilah satu.. huhh.. Harga borong...HUhhhhh

Saturday 18 June 2011

Lama Dah tak tengok cerita mengganas nie!!!

Sekarang cerita yang semakin memgganas semakin banyak ye.. disiarkan di kaca TV... tak tahulah mengganas darimana... nak bagi satu contoh ceritanya seperti KL Gangster.. ceritanya bagus.. tapi gejala sosial dalam cerita tu.. banyak sangat.. semoleknye... kalau kita nak beri pengajaran kepada orang lain .. berilah cerita-cerita yang molek sikit.... mungkin dia buat untuk kegembiraan saja... tetapi kanak-kanak .. suka kalau tengok cerita seperti itu... cakap pasal lagu pulak.. lagu stacy.. saya suka lagu die.. hee.. yang lagu jahat tuu... diorang menari seperti nak tercabut tangan -tangan penarii... sebenarnya.. saya dah tak de cerita ni sbab tu cerita yang putar belit.. asalkan orang faham.. sekian..

Apakah Patut Kita Hargai Orang Miskin?
Kalau kita berfikiran waras ...kita sebenarnya diwajibkan menolong warga miskin.. di kampung.. sendiri.. malahan sesetengah masyarakat sekarang tidak menghiraukan langsung pasal macam nie.. sbab tu kalau di negara kita... banyak yang miskin.. nanti dia lebih miskin lagi.. tapi saya bukan nak hina.. cuba nak beritahu.. Cubalah anda bayangkan .. kalau anda jadi miskin.. dan anda cuba fikir kalau jiran-jiran anda tidak boleh membantu anda dari segi harta ataupun makanan.. cubalah anda fikir-fikirkan.. Kalau cakap pasal orang miskin tak apa lagi.. semua orang boleh tolong.. tapi satu lagi masalahnya.. bagaimana pula dengan warga emas.. sesetengah masayarakat sekarang.. ada yang mengatakan.. " biarlah diorang, diorang kan ada anak sendiri.. biar anak diorang tanggung",... yang itu bagi orang ada anak... kalau yang tiada anak pulak macam mana nak buat nya.. biar kerajaan je ke tanggung???.. kita perlu ambil iktibar juga... sekurang-kurangnya.. kita pergi ke rumah jagaan warga emas.. untuk menghulurkan sedikit sumbangan atau.. memberi sedikit kasih sayang atau membuat mereka gembira.. ah.. di situ pun dah diberi ganjaran besar oleh allah s.w.t.. mesti orang kata.. saya ni pandai cakap je.. buat tak pandai.. sebenarnya.. saya baru lepas pergi buat lawatan ke rumah jagaan tua di Dugun... Apabila saya dan rakan-rakan saya tiba di situ.. kami rasa macam nak menangis.. melihat diorang.... sampai di sini saja yang boleh saya luahkan perasaan saya pada hari ini... Akhir kalam

Jom Belajar!!

Kawan-kawan..mari semua kita belajar.. suka tau kalau kita rajin-rajin nak belajar.... Dan belajar juga salah satu perkara yang wajib diamalkan oleh umat islam.. islam dan tamadun yang maju perlu melebihi dan mengutamakan pembelajaran kerana ia amat bermakna sekali.. kalau anda tak faham.. anda boleh juga tanya kedua orang tua anda.. kalau mereka tak faham barulah tanya Cikgu.. All the best.
Nak cuba belajar tak.. kalau nak boleh saya beri ayat.. kawan-kawan baca sendiri.. ini itu kecerdasan lidah supaya boleh cakap inggeris..
In a cottage in a village in a small Country, lisa has been baking. Her mother and Father are very proud of her. They are always telling people how clever she is and all the wonderful things she can do.
Ni sebenarnya sedikit cerita yang diambil daripada buku Literature component for secondry schools. Saya tak tahu apa maknanya.. tapi saya cuma pandai tulis je.. tapi ni dari diambil daripada buku ting. 2. Kebetulan saya tengah menghafal ceritanya.. boleh juga nak kongsi dengan kawan-kawan di sini...

Friday 10 June 2011

Hubungan Persaudaraan..

Nak tahu kawan-kawan .. sebenarnya hubungan persaudaraan sesama islam sebenarnya amat rapat sekali.. tetapi manusia sekarang buat-buat tak tahu.. jika ahli keluarga anda berkumpul semua.. kalau ditanyakan mesti ada yang bersangkut.. macam ayah adik beradik dengan mak saudara ibu.. blah..blah.. blahh.. selainya... adapun begitu .. bunkan semua yang jadi begitu.. kita boleh juga jadi jiran yang rapat...
dalam-dalam nak cerita ni ada nak mengempen sikit.. kalau ada kesuntukan masa anda boleh nak buka laman tertera.: http://www.terengganu.gov.my/ .. sekian terima kasih.. kalau anda sudi membaca..

Kalau dah Memekak

Kalau dah memekak setiap hari rasa nak muntah gak.. tapi kalau dah jodoh bagaimana pula.... inilah kehidupan kita.. tak samapai ting 5 lagi rasa dah nak kawin..  remaja nama gelarang diberi... kalau anda tak faham anda rujuklah pada facebook.. dan tulis pada dinding facebook saya di Http://www.facebook.com/MALEKTERENGGANU sekian terima kasih.. saya suka membantu..

Saturday 4 June 2011

CeriTa Menggeletek

Nak dengar kew satu cerita....dulu ada satu permainan yang dibuat oleh cikgu..macam nie mainannya.. mula-mula..orang yang pertama..kena baca ayat di komputer cikgu..pastu kena ingat.. lepas tu.. orang pertama tadi harus beritahu orang yang kedua pulak...dan seterusnya.. nak tahu ayatnya macam mana??

Ali pergi ke tembeling
jumpa seekor tenggiling
ada batu disekeliling
terlanggar jatuh berguling-guling
balik rumah tenggeleng-geleng..

saya tak pasti macam tulah bunyinye.. kalau salah boleh beritahu.. jangan marah... tapi saya nak bagi satu teka teki.. tapi saya nak jawab.. kenapakah profesor botak di hadapan.. dan kenapa pulak cikgu sejarah botak di belakang??? nak tahu jawapannya.. jawapannya ialah kerana profesor memikirkan masa akan datang.. dan cikgu sejarah memikirkan masa yang lampau... begitulah teka teki saya tadi..
saya nak tanyew nie...?? dalam kelas anda ada pernah berlaku macam nie.. kalau dalam kelas saya rasanya lebih teruk daripada yang disangkakan... tapi kalau cikgu bekeng pun mesti ada sebabnya.. mungkin adakalanya cikgu suruh kita pandai.. dan lebihnya mungkin kerana perangai kita yang tidak sesuai semasa cikgu sedang mengajar.. kalau sekarang saya rasa.. bukan cikgu yang ajar pelajar.. saya rasa pelajar pula yang ajar cikgu.. kenapa ini boleh berlaku?? nak tahu tanya diri anda sendiri... nak cerita sikit.. sekarang ibubapa lebih memberi kasih sayang terhadap mereka.. disebabkan oleh itu..mereka yang terdedah dengan gejala sosial pun..ibubapa mereka bukan tahu pon.. kalau di  sekolah anak-anak mereka hisap rokok. mestilah cikgu kena ambil tindakan untuk memberi nasihat kepada pelajr.. nie.. bukan begitu yang akan jadinya.. tetapi sebaliknya.. malah ibubapa kepada pelajar tersebut yang mari beri peringatan kepada cikgu disiplin dan kakitangan sekolah.. inilah..yang dinamakan remaja.. sebab itulah. sepatut nya.. kita dari kecil lagi perlu mengajar dan mendidik anak kita ke jalan kebenaran.. nie.. kalau ibubapa dah huru hara.. apatah lagi kanak-kanak.. sebenarnya..kanak-kanak nie.. sebenarnya diibaratkan seperti kamera yang menangkap gambar.. nak tahu kenapa?? apa saja yang dibuat oleh ibubapa mereka mesti akan tersimpan dalam naluri dan hati mereka... nielah... kalau kita ada masalah keluarga.. bincanglah dengan secara betul..nanti kalau anak-anak kita yang kecil tahu.. mereka akan berperangai sedemikian juga nanti besar nanti.. tak semestinya semua.. adakalanya orang yang diberi ilham oleh allah juga boleh bertukar jadi baik.. jadii.. baikilah diri kita.. sebab kita ini diibaratkan pengajar.. anak-anak kita diibaratkan kamera yang sedang merangkam gambar..

Ragu-ragu dalam Perolehan

Keraguan dalam perolehan dalam percintaan .. ramai yang ragu-ragu apabila bercinta.. kalau nak cari isteri..carilah isteri yang solehah.. dan kalau perempuan pula carilah suami yang soleh. jangan pula cari yang jahat.. tapi adakalanya.. kalau isteri dia jahat ,... adakalanya suaminya baik hati.. adatu suami jahat.. isteri baik.. tapi.. sekalanya kalau seorang daripadanya selalu naik angin.. dan mesti ada seorang lagi yang penenang.. kalau dua-dua naik angin  memang rumah tangga hancur... maaf dipinta jikalau tersilap tutur kata..

Wednesday 1 June 2011

Hayungkan Kaki Anda Dari Buayan

http://www.facebook.com/MALEKTERENGGANU
Kalau anda jadi seorang perdana menteri apakah tindakan yang anda sepatutnya lakukan.. kalau bagi sayalah..saya taknak jadi seorang perdana menteri sebab tanggungjawabnya besar apatahlagi jadi seorang ketua kelas..sebenarnya saya seorang ketua kelas.. tak tahu darimana asal silahnya datang..tiba2 masuk je kelas best dah kena lantik jadi ketua kelas..nak bangkang takut cikgu marah.. takpelah.. saya ikhlas jadi ketua kelas.. nak cerita sikit nie.. kalau dalam kelas tuu.. orang lain cakap diam .. kerana cikgu tak masuk.. tahu saya cakap apa.. saya cakap kalau sape nak bising-bisinglah..baru mereka diam.. haaa..cara terbaruu... saya jadi ketua kelas..jadi ketua kelas tak bertanggungjawab.. tahu tak ??? buku kedatangan guru saya tak hantar ke ketua bidang masa cuti ni... bukan kelas saya je...mula dari kelas prim hingga ke din semuanya tak hantar.. baguskan.. perangai budak sekarang..wassalam

Monday 30 May 2011

Budak Zaman Lonie Tak Super DuLu...

Betul kata orang budak zaman sekarang tak serupa dahulu ..dahulu kita kecil macam di atas nie...........  pandai berjalan jew... sekarang kita sudah remaja dah pendai bergaya.... kalau baby nie pun pandai mengomel je... kalau remaja sekarang dah pandai menyanyi.....
Remaja sekarang suka bercinta.....
pastu berkahwin....
berkahwin tu pula diibaratkan seperti pinang dibelah dua...
serasi.... sepadan... secocok..
kalau cerita pasal kawin.. saya nak tanya awak semua kenapa orang selalu kawin masa cuti?? orang kalau nak kawin buatlah kalau hari jumaat kan bagus... lepas solat jumaat boleh semua orang pergi..  saja.... sampai di sini saje..byew.

Apakah Anda Macam Nie????

Adakah anda jadi sebegini???


macam gambar pertama tu saya pun pernah mewarisinya... sbab saya pun suka main facebook... tak kiralah malam ke pagi ke.. senja kew... mesti bukak punye.. kalau gambar kedua tu saya tak pasti..kalau ada komputer yang rosak di rumah anda ..anda janganlah pergi hantar ke kedai.. anda buat macam mana gambar ke-2 tu buat..baru jimat duit sikit.. kalau anda nak main facebook kew.. anda pergi jew ciber cafe(CC) bagus lagi kalau anda beli komputer baru..haaa.. saya cadangkan je... kalau kita baiki komputer lama tu.. nanti nie tak sampai lama jugak kan ..komputer tuu akan rosak gak... haa... ... tapi jangan ikut sangat kata2 saya tadi.. selamat beramah..

Cerita Baru

Beginilah cerita baru saya... kalau saya rasa sikit boring ni hobi saya pada waktu petang..hobinya ialah basuh keretala.. tak apa asalkan kerja amal... kalau saya rasa malas saya suka main facebook.. biserrlaa.. lelaki macam saya masa bila ada untuk mengulang kaji pelajaran.. asik main sajew.... nak cerita pasal lain la..   saya mempunyai seorang rakan karib yang sangat baik ..dia ialah fakhrul..ish.. dalam kelas dialah... yang selalu berada di samping saya...  mejanya juga di sebelah saya.. sampai sini saja yang boleh saya cerita.. bye..

Cerita Dalam Kelas

Kalau dalam kelas ...saya tak lah seperti macam ulat diatas nie..he..terpaksa cakap...kalau dah betul...kita perlu beritahu.. orang pon perlu tahu juga bagaimana perangai kita.... kawan saya suka panggil saya dengan gelaran malek... tapi ramai yang panggil saya nyah... sbab kalau dalam kelas tu saya suka sangat belakon seperti buat lucu... tapi kalau kita tak terasa hati saya izin kalau orang nak panggil saya macam tu pon... itulah kisah pertama.. kisah kedua pula..kalau saya duduk dalam kelas rasanya.. saya paling bising sekali.... sebabnya kalau saya boring saya suka diulik oleh alunan musik... tapi kalau saya nyanyi.. mesti sekolah saya nak ribut.. selepas itu kelap nak hujan.. ishh.. begitu merdu suara saya... ada juga perempuan yang suka masa saya nyanyi lagu.. dia cakap dia boring juga.. kalau saya nyanyi lagu sedap.. semua kelas mesti sambung.. ish.. begitu romantik sekali kelas bestari ye.. tak tau pula.. padahal nama sekolah sekolah agama.. tapi pelajarnya.. ada agama tak nak guna.. di sini saja saya dapat berikan sedikit cerita.. nanti pula saya sambung.. kalau ada kesilapan mohon maaf dipinta..daripada semua pengunjung..

Ahlan Wasahlan

Assalamualikum kepada semua pengunjung blog ini..saya buat blog ini untuk menceritakan semua yang ada pada diri saya danyang berlaku di semua sekeliling diri saya.... saya suka berkongsi pengalam untuk semua orang ..... tapi ada juga tidak... saya harap sape-sape saja yang baca blog ini boleh juga kalau nak follow... kalau anda ada nak beritahu saya sesuatu post lah di halaman sosial facebook saya di:http://www.facebook.com/MALEKTERENGGANU .... anda boleh nak ceritakan apa saja kepada saya..  dengan saya buat blog nie.. saya ingin juga bercerita tentang perangai saya semasa berada di sekolah dan dalam kelas.. di sini saya boleh saya beritahu sebab ini  adalah permulaan.. nanti saya sambung cerita buat pula pada nanti hari...