Saturday 4 June 2011

CeriTa Menggeletek

Nak dengar kew satu cerita....dulu ada satu permainan yang dibuat oleh cikgu..macam nie mainannya.. mula-mula..orang yang pertama..kena baca ayat di komputer cikgu..pastu kena ingat.. lepas tu.. orang pertama tadi harus beritahu orang yang kedua pulak...dan seterusnya.. nak tahu ayatnya macam mana??

Ali pergi ke tembeling
jumpa seekor tenggiling
ada batu disekeliling
terlanggar jatuh berguling-guling
balik rumah tenggeleng-geleng..

saya tak pasti macam tulah bunyinye.. kalau salah boleh beritahu.. jangan marah... tapi saya nak bagi satu teka teki.. tapi saya nak jawab.. kenapakah profesor botak di hadapan.. dan kenapa pulak cikgu sejarah botak di belakang??? nak tahu jawapannya.. jawapannya ialah kerana profesor memikirkan masa akan datang.. dan cikgu sejarah memikirkan masa yang lampau... begitulah teka teki saya tadi..
saya nak tanyew nie...?? dalam kelas anda ada pernah berlaku macam nie.. kalau dalam kelas saya rasanya lebih teruk daripada yang disangkakan... tapi kalau cikgu bekeng pun mesti ada sebabnya.. mungkin adakalanya cikgu suruh kita pandai.. dan lebihnya mungkin kerana perangai kita yang tidak sesuai semasa cikgu sedang mengajar.. kalau sekarang saya rasa.. bukan cikgu yang ajar pelajar.. saya rasa pelajar pula yang ajar cikgu.. kenapa ini boleh berlaku?? nak tahu tanya diri anda sendiri... nak cerita sikit.. sekarang ibubapa lebih memberi kasih sayang terhadap mereka.. disebabkan oleh itu..mereka yang terdedah dengan gejala sosial pun..ibubapa mereka bukan tahu pon.. kalau di  sekolah anak-anak mereka hisap rokok. mestilah cikgu kena ambil tindakan untuk memberi nasihat kepada pelajr.. nie.. bukan begitu yang akan jadinya.. tetapi sebaliknya.. malah ibubapa kepada pelajar tersebut yang mari beri peringatan kepada cikgu disiplin dan kakitangan sekolah.. inilah..yang dinamakan remaja.. sebab itulah. sepatut nya.. kita dari kecil lagi perlu mengajar dan mendidik anak kita ke jalan kebenaran.. nie.. kalau ibubapa dah huru hara.. apatah lagi kanak-kanak.. sebenarnya..kanak-kanak nie.. sebenarnya diibaratkan seperti kamera yang menangkap gambar.. nak tahu kenapa?? apa saja yang dibuat oleh ibubapa mereka mesti akan tersimpan dalam naluri dan hati mereka... nielah... kalau kita ada masalah keluarga.. bincanglah dengan secara betul..nanti kalau anak-anak kita yang kecil tahu.. mereka akan berperangai sedemikian juga nanti besar nanti.. tak semestinya semua.. adakalanya orang yang diberi ilham oleh allah juga boleh bertukar jadi baik.. jadii.. baikilah diri kita.. sebab kita ini diibaratkan pengajar.. anak-anak kita diibaratkan kamera yang sedang merangkam gambar..

No comments:

Post a Comment